Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Sarawak melawat Suzhou Industrial Park (SIP) di China, semalam.

Delegasi Sarawak lawat Suzhou Industrial Park, teroka kerjasama industri

ByDouglas Elliot

KUCHING, 9 Dis: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Sarawak melawat Suzhou Industrial Park (SIP) di China, semalam.

Menurut satu kenyataan, SIP merupakan projek mega yang dibangunkan bersama Kerajaan China dan Kerajaan Singapura, berkeluasan 278 kilometer persegi, SIP mempunyai lebih 1.19 juta penduduk, termasuk 807,800 penduduk tetap.

“Taman perindustrian ini mempunyai susun atur industri strategik yang berpusat kepada dua industri teras iaitu teknologi maklumat generasi baharu dan pembuatan peralatan berteknologi tinggi.

“Ia juga memberi tumpuan kepada tiga sektor baharu yang sedang berkembang seperti bioperubatan, aplikasi nanoteknologi, dan kecerdasan buatan yang disokong oleh ekosistem perkhidmatan moden yang kukuh,” katanya kenyataan berkenaan.

Tambahnya, lawatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk mempelajari model antarabangsa yang berjaya dalam usaha memperkukuh sektor industrinya.

Ujarnya, Sarawak baru-baru ini menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian (IPMC) di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya dan Taman Perindustrian Demak Laut di Kuching bagi mentadbir urus taman perindustrian dengan lebih mampan dan terurus.

Lawatan tersebut turut disertai Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MINTRED) Dato Seri Naroden Majais, Setiausaha Tetap MINTRED Dzulkornain Masron, Ketua Pegawai Eksekutif INVEST Sarawak Timothy Ong, serta Ketua Pegawai Eksekutif Recoda, Datuk Ismawi Ismuni. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan