Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad bersama keluarganya tiba di Moscow pada Ahad selepas Rusia menawarkan suaka kepada mereka. Foto fail AFP

Bekas Presiden Syria tiba di Moscow bersama keluarga, Rusia tawar suaka

ByBernama

ISTANBUL, 9 Dis: Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad bersama keluarganya tiba di Moscow pada Ahad selepas Rusia menawarkan suaka kepada mereka, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Rusia.

“Assad dan ahli keluarganya telah tiba di Moscow. Atas pertimbangan kemanusiaan, Rusia telah memberikan suaka kepada mereka.

“Rusia sentiasa menyokong penyelesaian politik bagi krisis Syria. Kami menegaskan bahawa rundingan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu disambung semula,” kata TASS yang memetik sumber Kremlin

Pegawai Rusia sedang berhubung dengan wakil-wakil pembangkang bersenjata Syria, dengan pemimpinnya memberi jaminan keselamatan kepada pangkalan tentera serta misi diplomatik Rusia di wilayah Syria.

Pergolakan kembali tercetus pada 27 Nov di kawasan luar bandar barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.

Dalam tempoh 10 hari, pasukan pembangkang melancarkan serangan dengan menawan beberapa bandar strategik sebelum berjaya menguasai ibu negara Damsyik, pada Ahad dan menyebabkan kejatuhan rejim Assad selepas 13 tahun perang saudara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan