Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30-an kerugian RM42,900 selepas terpedaya dengan penipuan belian atas tapian yang tidak wujud. Foto hiasan Envato

Ahli perniagaan kerugian RM42,900 terpedaya pembelian kereta mewah

MIRI, 9 Dis: Seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30-an di sini, kerugian RM42,900 selepas terpedaya dengan penipuan pembelian atas talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Miri telah menerima laporan berhubung kes itu semalam.

“Mangsa telah melayari laman sosial facebook dan berminat dengan iklan penjualan kenderaan Porsche Cayenne berharga RM250,000, kemudian mangsa telah menekan pautan eliteusahaauto.com dan menerima mesej dari suspek untuk membuat bayaran deposit.

“Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak lapan kali transaksi keempat akaun bank yang berbeza melalui pindahan atas talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa menyedari telah ditipu kerana suspek sering memberi alasan apabila dihubungi oleh mangsa.

“Sehingga laporan polis dibuat, mangsa belum menerima kereta yang dijanjikan dan telah mengalami kerugian sebanyak RM42,900.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tegasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan