Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei

ByBernama

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Dis: Seorang lelaki Malaysia berusia 42 tahun di Brunei didenda BND7,000 (US$5,225) kerana memiliki minuman beralkohol yang diseludup, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Sabtu.

Menurut laporan harian Borneo Bulletin, pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol yang dibawa masuk tanpa kebenaran sah.

Mahkamah Majistret Brunei turut memerintahkan semua minuman yang disita, diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

Laporan itu juga menyebut bahawa lelaki terbabit akan menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Brunei, sebuah Kesultanan di Asia Tenggara, melaksanakan undang-undang ketat ke atas rokok dan minuman beralkohol. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan