Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng semasa merasmikan Bazar Amal Krismas SSPCA 2024 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Kuching pada Ahad.

SSPCA, Kerajaan Sarawak bekerjasama tingkat kesedaran mengenai rabies

ByWilly Jali

KUCHING, 8 Dis: Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kesedaran mengenai rabies demi kesejahteraan haiwan dan masyarakat.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menzahirkan keterujaan terhadap usaha dan komitmen ditunjukkan SSPCA dalam menyokong kempen vaksinasi di wilayah ini.

“Salah satu sumbangan paling signifikan SSPCA adalah kerjasama mereka dengan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kesedaran mengenai rabies. Seperti yang kita tahu, rabies adalah penyakit yang mengancam nyawa dan membawa risiko serius kepada haiwan serta manusia.

“SSPCA memainkan peranan penting dalam menyokong kempen vaksinasi dan ia satu langkah penting dalam memerangi penyebaran virus (rabies). Melalui usaha bersama oleh SSPCA dengan pihak lain, mereka telah mendidik komuniti mengenai pencegahan rabies, tanggungjawab sebagai pemilik haiwan peliharaan serta kepentingan vaksinasi haiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bazar Amal Krismas SSPCA 2024 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Kuching pada Ahad.

Sementara itu, Presiden SSPCA, Dona Drury Wee memaklumkan pihaknya akan melaksanakan pelbagai inisiatif pada tahun 2025, termasuk kempen pensterilan dan vaksinasi yang berterusan.

Menurutnya, program tersebut dilaksanakan dengan sokongan pelbagai rakan kongsi termasuk Kementerian Kesihatan Awam dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kesihatan dan Fakulti Kesihatan Awam UNIMAS.

“Pada tahun 2025, kami berasa teruja dengan inisiatif yang telah dirancang. Antara keutamaan kami adalah usaha berterusan dalam kempen pensterilan dan vaksinasi yang merupakan langkah penting dalam menguruskan populasi haiwan terbiar dan mencegah penyebaran penyakit seperti rabies,” ujarnya.

Melalui inisiatif tersebut, haiwan peliharaan di kawasan bandar dan luar bandar diberi perlindungan sewajarnya sekali gus mencerminkan komitmen SSPCA dalam melindungi populasi haiwan dan manusia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan