Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang pada Majlis Sembang Santai Bersama Media di UCSI Hotel Kuching. Foto TVS

Plak khas disediakan untuk taska berdaftar di bawah KPWKM

KUCHING, 8 Dis: Satu plak khas yang mengandungi nombor pendaftaran akan disediakan untuk taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penyediaan plak tersebut adalah sebagai pemakluman taska terlibat berdaftar dengan KPWKM.

“Ini penting supaya ibu bapa tahu taska yang mereka pilih untuk menghantar anak berdaftar dan tidak lagi timbul masalah.

“Taska tidak berdaftar di bawah KPWKM tidak mempunyai plak,” katanya pada Sesi Sembang Santai Bersama Media di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, pemberian plak tersebut akan bermula 1 Januari melibatkan semua taska yang berdaftar dengan kementerian tersebut.

Nancy berkata, plak tersebut juga menjadi jaminan taska terlibat beroperasi mengikut peraturan dan prosedur operasi standard ditetapkan KPWKM.

“Pada masa sama, ia mengelak ibu bapa terkeliru atau tertanya-tanya mengenai status sesebuah taska,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan