Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perayaan ke-100 Tahun Perjanjian Perdamaian Kapit 1924, pada Ahad malam. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Perpaduan, kerjasama teras pembangunan Sarawak

ByZhahrulniza

KAPIT, 8 Dis: Majlis Memperingati Perjanjian Perdamaian Kapit 1924 menjadi bukti perpaduan dan kesatuan mampu dipupuk melalui toleransi serta kerjasama walaupun sudah 100 tahun berlalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang berkata, ia menjadi lambang penghormatan terhadap perjuangan nenek moyang yang berjaya mewujudkan keamanan sekali gus meletakkan asas kukuh untuk pembangunan negeri.

“Perpaduan dan kesatuan mencerminkan komitmen kita terhadap menghormati aspirasi bersama. Perjanjian Perdamaian Kapit 1924 ini mengajar kita bahawa kerjasama sebagai satu pasukan seperti keluarga besar dan kunci utama kepada kejayaan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perayaan ke-100 Tahun Perjanjian Perdamaian Kapit 1924 pada Ahad.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua pihak agar terus memainkan peranan masing-masing dalam membina masa depan yang harmoni dan maju untuk generasi akan datang.

“Marilah kita menjunjung kepimpinan baik di Sarawak yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran komuniti. Di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg digabung dengan pemimpin tempatan seperti Datuk Seri Alexandar Nanta Linggi, Datuk Wilson Ugak Kumbong serta seluruh ADUN Bahagian Kapit di bawah bimbingan Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah, Kapit telah mencapai pembangunan ketara yang dapat dinikmati semua pihak,” ujarnya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah atas inisiatif mencetuskan idea untuk memperingati sejarah penting ini.

“Bagi masyarakat Orang Ulu di Belaga, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah atas usaha beliau dalam memastikan kita terus mengenang kepentingan Perjanjian Perdamaian Kapit yang telah membawa keamanan dan pembangunan kepada kita semua,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan