Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk kampung di sekitar kawasan ini berpeluang menerima perkhidmatan secara langsung yang disediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) beroperasi di Kampung Pueh Sematan dan Kampung Rayu Iban, di sini. Foto Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM (FB)

Penduduk Lundu terima perkhidmatan PSSS KPWKM

LUNDU, 8 Dis:  Penduduk kampung di sekitar kawasan ini berpeluang menerima perkhidmatan secara langsung yang disediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) beroperasi di Kampung Pueh Sematan dan Kampung Rayu Iban, di sini.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini, inisiatif PSSS memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan sosial yang menyeluruh kepada kumpulan sasar di kawasan luar bandar.

“Kehadiran PSSS dalam program ini mencerminkan komitmen KPWKM untuk memperluaskan akses perkhidmatan sosial kepada semua golongan masyarakat, tanpa mengira lokasi mereka,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan digerakkan menerusi Program Jelajah Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) “Kamek Nengar, Kamek Nulong” berlangsung di dua lokasi kampung terlibat.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan PSSS ialah kaunseling, rujukan perkhidmatan sosial, dan sokongan tambahan bagi kumpulan rentan.

KPWKM turut menyumbangkan bakul makanan kepada seramai 528 penerima dari lapan kampung di sekitar kawasan Lundu sempena perayaan Hari Krismas yang bakal disambut pada 25 Dis ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan