Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin Belanda meluahkan rasa terkejut mereka pada Sabtu susulan letupan besar yang menyebabkan sebahagian bangunan pangsapuri di The Hague runtuh dan mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang cedera, lapor Xinhua. Foto AFP

Pemimpin Belanda terkejut letupan bangunan di The Hague

ByBernama

THE HAGUE, 8 Dis: Pemimpin Belanda meluahkan rasa terkejut mereka pada Sabtu susulan letupan besar yang menyebabkan sebahagian bangunan pangsapuri di The Hague runtuh dan mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang cedera, lapor Xinhua.

“Terkejut melihat imej dahsyat bangunan pangsapuri yang runtuh di The Hague,” tulis Perdana Menteri Dick Schoof di platform media sosial X.

Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima turut menzahirkan  simpati mereka di X dengan berkata, “Beta berdua bersimpati dengan semua yang terkesan secara peribadi dan mereka  yang bimbang akan nasib orang tersayang.”

Letupan kuat itu berlaku pada pagi Sabtu di sebuah bangunan di Jalan Tarwekamp, Daerah Mariahoeve, timur laut The Hague, menyebabkan sebahagian bangunan runtuh. Sekurang-kurangnya empat mangsa, termasuk seorang kanak-kanak, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Pasukan kecemasan, termasuk unit khas Pasukan Mencari dan Menyelamat Bandar (USAR), masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Pegawai memberi amaran bahawa jumlah mangsa mungkin meningkat sehingga 20 orang.

Imej dari lokasi kejadian menunjukkan beberapa bahagian hadapan pangsapuri telah musnah. Bangunan itu mempunyai kedai di tingkat bawah dan dua tingkat kediaman di atasnya.

Punca letupan masih belum diketahui, namun pihak polis melaporkan sebuah kereta dilihat memecut laju meninggalkan lokasi sejurus selepas letupan. Pihak berkuasa kini memohon saksi yang melihat kenderaan terbabit untuk tampil membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan