Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba meneruskan pencarian lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kanowit. Foto BBP Kanowit

Pasukan SAR perluas radius pencarian warga emas

KANOWIT, 8 Dis: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini memperluaskan kawasan pencarian bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang berhampiran ladang Templete Ranan di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik berkata, operasi yang turut dibantu 12 penduduk itu meliputi radius pencarian sejauh satu kilometer.

Menurutnya, pasukan SAR dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan melibatkan enam orang penduduk kampung dan diketuai seorang pegawai bomba.

“Sehingga jam 12 tengah hari, kita belum menemui sebarang petanda positif keberadaan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian itu, Lai Juing, 75, dilaporkan hilang dan tidak kembali ke rumah selepas pergi ke kebunnya.

Anggota keluarga yang bimbang dengan keselamatan mangsa kemudiannya membuat laporan polis sebelum operasi SAR dilancarkan.

Sehubungan itu, Arrahman berkata pasukan bomba memastikan kawasan pencarian dalam keadaan selamat dan terkawal sebelum kembali ke balai.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mangsa diminta menghubungi pihak bomba atau polis bagi membantu usaha pencarian,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan