Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Perayaan ke-100 Tahun Perjanjian Perdamaian Kapit 1924 di Fort Sylvia Kapit. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Malaysia perlukan lebih ramai pemimpin seperti Abang Johari

ByZhahrulniza

KAPIT, 8 Dis: Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin seperti Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk terus memajukan negara tanpa mengabaikan perpaduan dan keharmonian yang menjadi kekuatan utama.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kepimpinan Abang Johari bukan sahaja dihormati di dalam negeri tetapi juga di peringkat global.

Menurutnya, pemikiran jauh ke hadapan Abang Johari dalam merangka masa depan Sarawak memberikan impak yang besar.

“Sesungguhnya, tidak keterlaluan jika saya katakan, negara kita memerlukan lebih ramai pemimpin seperti Abang Jo dalam membangunkan, memodenkan dan membawa banyak kemajuan kepada negeri, elemen adat budaya, kepelbagaian etnik, bangsa serta agama di negeri ini tidak diketepikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Perayaan ke-100 Tahun Perjanjian Perdamaian Kapit 1924 di Kubu Sylvia di sini, hari ini.

Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit menjelaskan, Abang Johari menunjukkan kepimpinan terbaik dengan mengenepikan perbezaan fahaman politik demi membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil sekali gus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Orang luar sering memuji dan hairan dengan keharmonian di Malaysia. Mereka tertanya-tanya, bagaimana sebuah negara yang mempunyai banyak kaum boleh hidup aman dan mengamalkan agama serta kepercayaan tanpa gangguan. Tiada rusuhan, tiada kebencian. Apa yang ada ialah persahabatan tanpa mengenal warna kulit. Itu kekuatan sebenar kita yang amat tinggi nilainya,” ujarnya.

Menurutnya, keperibadian, kebijaksanaan dan kemampuan Abang Johari mengemudi Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan