Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah pagi tadi. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan pada pertemuan beliau dengan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah pagi tadi.

“Kami bicara terkait usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang khususnya perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan serta hal ehwal sempadan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Brunei adalah rakan perdagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023 dengan nilai dagangan sebanyak AS$2.04 bilion (RM9.31 bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan