BINTULU, 8 Dis: Sebuah kilang papan di Kemena Industrial Estate di sini terbakar malam ini.
Komander Operasi, Mazlan Tanin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.45 malam dengan menggerakkan 21 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dibantu BBP Kidurong ke loasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan papan lapis di dalam kilang terbakar hampir 70 peratus.
“Pihak bomba melakukan pemadaman dengan menggunakan satu aliran dua nozel empat ratus kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba mengalami kesukaran untuk masuk kerana telah berlaku beberapa letupan.
“Maklumat dari pekerja terdapat beberapa tong gas nitrogen dan oksigen di dalam kilang.
“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini,” ujarnya.-TVS