Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-26, di sini, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi – Abang Johari

KUCHING, 8 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan memperkenalkan kerangka kerja pengurusan aset bersepadu yang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi swasta tidak lama lagi.

Beliau berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.

“Bagaimanapun, kerangka kerja ini akan mengekalkan pendekatan tersendiri, memastikan sumber kita diurus secara bebas, telus, dan mampan.

“Pendekatan kita akan direka khusus mengikut keperluan kita,” katanya ketika berucap di Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-26, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Abang Johari dilaporkan berkata kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan penubuhan sebuah entiti bersepadu yang akan berfungsi sebagai cabang pengurusan aset dan pelaburan.

Beliau menjelaskan bahawa entiti yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti entiti serupa di negara maju yang lain, seperti Temasek Holdings dan Government of Singapore Investment Corporation (GIC) di Singapura, Mubadala Investment Company di Emiriah Arab Bersatu (UAE) China Investment Corporation di China dan Japan Investment Corporation di Jepun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan