Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, menghadiri Majlis Makan Malam sempena Perayaan ke-100 Tahun Perjanjian Perdamaian Kapit 1924 di Dewan Suarah, Kapit. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kerajaan Sarawak komited bangunkan Kapit

ByZhahrulniza

KAPIT, 8 Dis: Kedudukan Kapit yang jauh di pedalaman sering dilihat sebagai cabaran besar dalam memastikan pembangunan sosioekonomi kawasan ini untuk bergerak seiring dengan kawasan lain di Sarawak.

Namun Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus komited memastikan pembangunan di pedalaman tidak dipinggirkan.

Sehubungan itu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memuji usaha proaktif dan drastik Kerajaan Sarawak yang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan pedalaman dan bandar.

“Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada pembangunan inklusif untuk semua rakyat Sarawak. Usaha ini turut mendapat pujian daripada Perdana Menteri yang menyifatkannya sebagai satu anjakan besar yang patut dicontohi negeri lain,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perayaan ke-100 Tahun Perjanjian Perdamaian Kapit 1924, pada Ahad malam.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Liwan Lagang.

Dalam pada itu, Nanta menegaskan pembangunan bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga peningkatan kualiti diri dan mental dalam menghadapi cabaran masa depan yang semakin kompleks.

“Mencapai keamanan itu memang sukar, namun lebih sukar untuk mempertahankannya. Janganlah kita sia-siakan usaha dan jerih perih yang telah dicurah oleh pemimpin terdahulu dan marilah kita terus hidup secara aman dan bersama,” ujarnya.

Menurut Nanta, semangat saling menghormati perbezaan dan adalah kekuatan yang harus terus dipelihara untuk memastikan Sarawak terus maju.

“Dasar inklusif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak menyediakan peluang dan medium untuk kita bergerak maju bersama. Rakyat Kapit dan seluruh Sarawak perlu mengambil peranan aktif untuk mencipta masa depan yang lebih cerah,” jelasnya.

Inisiatif pembangunan seperti PCDS 2030 dijangka terus memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan yang menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat termasuk di kawasan pedalaman seperti Kapit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan