Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Susulan laporan mengenai kejatuhan pemerintahan Presiden Syria Bashar al-Assad, Kedutaan Iran di Damsyik dilaporkan telah diserbu. Foto AFP

Kedutaan Iran di Damsyik diserbu

ByBernama

DAMSYIK, 8 Dis: Susulan laporan mengenai kejatuhan pemerintahan Presiden Syria Bashar al-Assad, Kedutaan Iran di Damsyik dilaporkan telah diserbu, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Saluran berita Al Arabiya menyiarkan video yang menunjukkan orang ramai merobohkan poster besar di pagar Kedutaan Iran.

Poster itu memaparkan gambar Jeneral Iran Qassem Soleimani, yang terbunuh pada 2020 akibat serangan dron Amerika Syarikat di Iraq, serta Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah Lubnan yang disokong Iran, yang terbunuh pada September dalam serangan udara Israel berhampiran Beirut.

Saluran berita Al Jazeera melaporkan bahawa kakitangan kedutaan telah melarikan diri dan tiada tentangan diberikan terhadap perusuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan