Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba melakukan khidmat khas menyelamatkan seorang kakitangan lelaki BORSAR Mulu yang mengalami sesak nafas di Kem 5, Taman Negara Mulu di hari ini. Foto JBPM

Bomba bantu selamatkan kakitangan BORSAR Mulu sesak nafas

MULU, 8 Dis: Pihak bomba melakukan khidmat khas menyelamatkan seorang kakitangan lelaki BORSAR Mulu yang mengalami sesak nafas di Kem 5, Taman Negara Mulu di sini, hari ini.

Komander Operasi Undi Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.15 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi kejadian.

“BBP Marudi menerima panggilan terus daripada pejabat Taman Negara Mulu memaklumkan terdapat seorang kakitangan BORSAR Mulu mengalami sesak nafas di Kem 5.

“Pegawai Bomba Bantuan (PBB), Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung dan Gua (MOSCAR) diarahkan untuk respons ke lokasi dengan membawa semua keperluan seperti oksigen mudah alih, AED dan pengusung untuk membawa mangsa turun ke HQ Park,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, perjalanan sehala mengambil masa empat hingga lima jam bagi yang sihat, dari Mulu ke Kuala Litut menaiki perahu dan Kuala Litut ke Kem 5 berjalan kaki.

“Pada masa sama, PGO telah membuat permohonan pesawat untuk kes ini dan dimaklumkan, heli akan terbang esok.

“Mangsa seterusnya akan dibawa ke Klinik Kesihatan Mulu,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan