Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 22 Disember. Foto Malaysian Meteorological Department (FB)

Beberapa kawasan di 11 negeri diramal alami hujan lebat, angin kencang petang ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Beberapa kawasan di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim (Perak) dan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin (Pahang).

Turut diramal dilanda hujan lebat dan angin kencang ialah Sri Aman, Miri dan Limbang di Sarawak serta pedalaman Sipitang dan Tawau di Sabah.

Menurut kenyataan itu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga diramal mengalami hujan dan angin kencang petang ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan