Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengumpul maklumat kerugian dialami premis bangunan atau kediaman akibat banjir. Foto fail Bernama

Banjir: PBT diminta bantu NADMA kumpul maklumat kerugian premis, kediaman

ByBernama

KOTA BHARU, 8 Dis: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengumpul maklumat kerugian dialami premis bangunan atau kediaman akibat banjir.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata setakat ini kementerian itu belum memperoleh statistik kerugian dan masih mengumpul maklumat berkaitan.

“PBT telah diarahkan melihat ruang (bentuk) yang boleh kita bantu melalui KPKT dan kita turut berikan perhatian terhadap mangsa banjir.

“Pasukan kita telah bersiap sedia lebih awal, kesan masuk air ke premis atau kediaman adalah perkara biasa cuma apa-apa kerosakan itu perlu ada rekod yang sahih untuk dinilai,” katanya.

Beliau kepada pemberita selepas Program Lawatan Turun Padang Operasi Monsun Timur Laut Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu, Aiman Athirah turut mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya berwaspada termasuk di Kuala Krai yang dijangka mengalami banjir bermula hari ini hingga Jumaat.

“Orang ramai perlu peka keadaan cuaca semasa dan berpindah lebih awal jika perlu,” katanya. -TVS

Tags: #pbt, Banjir, nadma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan