Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat kira-kira satu jam bermula 4 petang tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A di sini hari ini. Foto Media sosial

Banjir: 20 kenderaan terperangkap di Putrajaya

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 Dis: Hujan lebat kira-kira satu jam bermula 4 petang tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya Abdul Manaf Che Isa berkata dua jentera berserta 13 anggota digegaskan ke lokasi bagi membuat pemantauan selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang.

“Kerja-kerja membantu mengalirkan air dan membersihkan saluran tersumbat telah dilaksanakan oleh anggota bomba.

“Banjir surut kira-kira 5.30 petang tadi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pada masa ini anggota bomba melaksanakan pemantauan di kawasan berkenaan berikutan hujan renyai.

“Pemantauan semasa turut dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan kerjasama memperoleh maklumat berkaitan melalui Putrajaya Command Centre (PPj) juga dilaksanakan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan