Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar pada Majlis Pensijilan Tamat Tingkatan Lima dan Anugerah Kecemerlangan Murid 2024. Foto TVS

TVS bukan sekadar TV

SARIKEI, 7 Dis: Kewujudan TVS Sarawak (TVS) bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada masyarakat malah sebahagian usaha penting kerajaan dalam memperkembangkan kebolehan dan bakat anak tempatan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, Stesen TV itu memberi makna begitu penting kepada usaha untuk mengangkat tahap industri kreatif di Sarawak kepada satu tahap lebih tinggi.

Malah menurutnya, ia sebahagian pendekatan untuk mencungkil kebolehan anak Sarawak dalam pelbagai bidang khususnya industri kreatif.

“Hari ini, kerajaan menyediakan pelbagai peluang kepada anak muda untuk mengembangkan bakat dan kemahiran masing-masing.

“Tidak hanya dalam bidang teknikal tetapi juga peluang lain termasuklah potensi bakat… kita ada TVS,” katanya pada Majlis Pensijilan Tamat Tingkatan Lima dan Anugerah Kecemerlangan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sarikei Baru, di sini, hari ini.

Beliau optimis peluang tersebut bakal menyediakan lebih banyak pilihan kepada anak Sarawak untuk mengembangkan kerjaya masing-masing dalam pelbagai bidang.

Sehubungan itu katanya, pelajar perlu menyiapkan diri bagi menghadapi persaingan dunia global yang semakin mencabar bukan sahaja melibatkan akademik tetapi juga kemahiran insaniah seperti kreativiti, komunikasi, pemikiran kritis serta penguasaan teknologi.

Menurutnya, pendidikan hari ini tidak lagi hanya fokus kepada pencapaian akademik semata-mata sebaliknya mencakupi pembangunan menyeluruh pelajar termasuk sukan, seni, kepimpinan dan keterlibatan dalam komuniti.

“Dalam ekonomi pesat berubah, graduan yang hanya menguasai teori mungkin menghadapi kesukaran mencari pekerjaan. Dengan kemahiran praktikal, pelajar lebih berdaya saing dan kurang bergantung kepada pekerjaan yang memerlukan kelayakan akademik semata-mata,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan