Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merakam gambar kenangan di Shanghai

Syarikat China pertimbang Sarawak sebagai lokasi kilang pembuatan kaca solar

ByRegina Lee

SHANGHAI, 7 Dis: Sarawak berpotensi menjadi destinasi pilihan baharu bagi pelaburan antarabangsa dalam sektor kaca solar dengan Kibing Group yang merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Shanghai dan peneraju dunia dalam pembuatan kaca mempertimbangkan untuk membina kilang pembuatan kaca solar di wilayah ini.

Perkara tersebut dinyatakan dalam mesyuarat bersama delegasi Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Shaoxing, Shanghai pada Jumaat.

Awang Tengah dalam mesyuarat tersebut mengalu-alukan cadangan itu kerana ia dapat mewujudkan sinergi dengan sektor perlombongan dan pembuatan yang dipromosikan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

“Sarawak mengalu-alukan pelaburan yang selaras dengan matlamat kami untuk mencapai kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kemakmuran alam sekitar.

“Projek kaca solar yang dicadangkan ini selaras dengan hala tuju pembangunan Sarawak, mengukuhkan ekosistem tempatan Sarawak serta usaha ke arah industri rendah karbon dan peralihan kepada tenaga hijau,” katanya dalam satu kenyataan.

Delegasi tersebut turut melawat Kemudahan Pembuatan Kibing Group yang menggunakan automasi canggih dalam pengeluaran.

Kibing mempunyai rangkaian bekalan global yang luas, menjadi pembekal kepada syarikat terkemuka dunia seperti Tesla, Saint-Gobain, Oppo, BYD dan lain-lain.

Antara delegasi Sarawak yang hadir ialah Penasihat MINTRED Dato Seri Naroden Majais, Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkarnain Masron, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Awang Zamhari Awang Mahmod, Ketua Pegawai Eksekutif INVEST Sarawak Timothy Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan