Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman Pengarah Syarikat bergelar Datuk dan seorang penjawat awam kerana disyaki terlibat rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta.

SPRM tahan Datuk, penjawat awam disyaki terlibat rasuah RM250 juta

KUCHING, 7 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman Pengarah Syarikat bergelar Datuk dan seorang penjawat awam kerana disyaki terlibat rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak bernilai kira-kira RM250 juta.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan membenarkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an direman selama empat hari bermula Khamis sehingga 9 Disember ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuching, kelmarin.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai berpakat dan berkomplot bagi membolehkan beberapa syarikat mendapat projek-projek pembinaan dikeluarkan pejabat kerja raya sebuah daerah di Sarawak.

“Mereka dipercayai telah melakukan perbuatan itu antara tahun 2022 hingga 2024 sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan yang bernilai kira-kira RM250 juta.

“Susulan itu, kedua-dua suspek telah ditahan sekitar jam 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak, selain turut disahkan positif mengambil dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009 serta tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan