Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di sini, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Sarawak sedia kongsi kepakaran dengan Kemboja bangunkan hab industri halal

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 7 Dis: Sarawak bersedia untuk berkongsi kepakaran dalam membangunkan kawasan industri halal di Kemboja selaras dengan hasrat negara tersebut untuk mewujudkan sebuah hab industri halal yang berdaya saing.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peluang tersebut boleh dimanfaatkan dengan matlamat membuka lebih banyak peluang perniagaan melibatkan pelabur dan usahawan dalam pembangunan sektor halal yang terus berkembang pesat di seluruh dunia.

“Ketika ini Kemboja berhasrat untuk menubuhkan kawasan industri halal yang mana saya rasa pihak Kemboja termasuklah masyarakat Islam di sini boleh bekerjasama dengan masyarakat kita di Malaysia lebih-lebih lagi di Sarawak,” kata Abang Johari ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di sini, hari ini.

Dengan komitmen bersama, Sarawak dan Kemboja dijangka dapat mencipta model kawasan industri halal yang bukan sahaja memenuhi permintaan domestik tetapi juga bersedia untuk bersaing di pasaran global.

Untuk rekod Sarawak telah lama memberi tumpuan kepada sektor ini dengan menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam pengeluaran produk halal serta memperkenalkan inisiatif bagi memperluaskan pasaran produk halal di peringkat antarabangsa.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan