Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan kereta di Jalan Kuala Lawas malam tadi. Foto JBPM

Remaja 16 tahun maut kemalangan tiga kenderaan di Lawas

LAWAS, 7 Dis: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan kereta di Jalan Kuala Lawas di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Morsen Timol berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.05 malam dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Jazz dan dua buah motosikal jenis Modenas Kriss.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki penunggang motosikal. Seorang mangsa lelaki berusia 22 tahun (penunggang motosikal) mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapat rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang lagi mangsa lelaki telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

“Mayat mangsa telah berada di dalam kenderaan pihak polis semasa pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” ujarnya.

Katanya, pihak bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan kesan kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan