Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu menyatakan kekesalan kerana menimbulkan kebimbangan awam susulan pengisytiharan undang-undang tentera awal minggu ini, sambil berikrar tidak akan mengulangi tindakan sedemikian, lapor Agensi Berita Yonhap. Foto AFP

Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera, ikrar tidak ulangi

ByBernama

SEOUL, 7 Dis: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu menyatakan kekesalan kerana menimbulkan kebimbangan awam susulan pengisytiharan undang-undang tentera awal minggu ini, sambil berikrar tidak akan mengulangi tindakan sedemikian, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Saya benar-benar memohon maaf kepada rakyat yang pastinya terkejut dengan perkara ini,” kata Yoon dalam ucapan umum yang disiarkan di televisyen, beberapa jam sebelum undian parlimen terhadap usul pemecatannya.

Yoon membuat kenyataan itu dalam penampilan umum pertamanya selepas beliau mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa malam, yang kemudiannya dibatalkan enam jam kemudian selepas Dewan Negara menolaknya.

Yoon menjelaskan bahawa keputusan berkenaan diambil atas dasar “terdesak” sebagai presiden, tetapi mengakui tindakan itu telah menimbulkan kebimbangan dan kesulitan kepada rakyat.

“Saya tidak akan mengelak daripada tanggungjawab undang-undang dan politik berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera ini,” katanya sambil berikrar untuk menyerahkan semua keputusan, termasuk tempoh pemerintahannya kepada Parti Kuasa Rakyat untuk menstabilkan negara.

Yoon dipilih pada Mei 2022 bagi penggal lima tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan