Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Sungai Raya, Jalan Sri Aman- Betong hari ini. Foto JPM

Penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera dalam kemalangan kendiri

SRI AMAN, 7 Dis: Seorang lelaki cedera selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Sungai Raya, Jalan Sri Aman- Betong di sini, hari ini.

Komander Operasi, Ben Robson Maris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.46 pagi tadi dengan menggerakkan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat kemalangan kendiri sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang lelaki.

“Pihak bomba membuat size-up dengan memakai PPE dan memberi rawatan awal di lokasi kejadian serta memakaikan mangsa c-collar dan membalut luka di bahagian buku lali kaki kanan dan luka di bahagian tangan kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seterusnya pihak bomba menggunakan pengusung EMRS untuk mengangkat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Sri Aman bagi mendapat rawatan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak hospital dan ditempatkan di zon kuning, setelah mendapati keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan