Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekan Papan yang terletak di daerah Batu Gajah layak diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Foto Bernama

Pekan Papan layak diangkat Tapak Warisan Dunia UNESCO

ByBernama

BATU GAJAH, 7 Dis: Pekan Papan di sini yang kaya dengan nilai sejarah layak diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Antarabangsa untuk Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) Malaysia Dr Goh Ai Tee berkata pekan itu, mempunyai nilai warisan yang signifikan manakala bangunan lama di Papan masih utuh dan mempunyai keunikan seni bina tersendiri.

Papan yang wujud lebih seabad lepas, pernah pesat membangun semasa kegemilangan perlombongan bijih timah dan antara bandar tertua di Lembah Kinta tetapi selepas kemerosotan industri itu, pekan berkenaan yang berkeluasan 28.7 hektar bertukar sepi sehingga menerima julukan pekan berhantu.

“Bagi kami (ICOMOS), Papan antara kampung baru di sebuah pekan lama yang diwakili dengan baik dan pada masa yang sama, keaslian tempat ini masih terpelihara. Industri perlombongan bijih timah merosot pada 1970-an hingga 1980-an dan pekan ini khususnya tidak mengalami pembangunan dalam tempoh 50 tahun lepas.

“Usaha bagi menyiapkan dokumentasi pekan Papan bagi mendapat pengiktirafan UNESCO telah dilakukan sejak tiga tahun lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pekan berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Naratif dan Kurator Imperial War Museums (IWM) Carl Warner berkata kisah rakyat Malaysia semasa era darurat di negara ini akan dipamerkan dalam sebuah pameran yang dinamakan ‘Emergency Exits’ di IWM, London.

“Kami telah merancang pameran ini selama beberapa tahun. Pameran berkenaan dijangka berlangsung pada Oktober tahun depan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan