Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha mencari lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan ladang berhampiran Rumah Adrian, Sungai Ranan di Kanowt terpaksa dihentikan pada jam 6.30 petang kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Foto BBP Kanowit

Operasi SAR warga emas dihentikan akibat cuaca gelap, hujan

KANOWIT, 7 Dis: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan ladang berhampiran Rumah Adrian Sungai Ranan sejak Jumaat ditangguhkan hari ini akibat cuaca gelap dan hujan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Arrahman Chik berkata, mangsa, Lai Anak Juing,75, kali terakhir dilihat keluar ke kebun pada pag Jumaat.

Menurutnya, warga emas yang menghidap amnesia itu kali terakhir dilihat memakai baju biru tua dengan bahagian dalam putih dan seluar panjang hitam.

“Usaha mencari oleh penduduk kampung telah dimulakan malam semalam tetapi gagal menemui mangsa.

“Operasi SAR yang bermula jam 4 petang tadi melibatkan empat anggota bomba, tiga anggota polis dan 10 penduduk kampung dengan radius pencarian sejauh tiga kilometer dari pondok kebun mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, usaha mencari terpaksa dihentikan pada jam 6.30 petang kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Arrahman berkata, pasukan bomba memastikan kawasan pencarian dalam keadaan selamat dan terkawal sebelum kembali ke balai.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mangsa diminta menghubungi pihak bomba atau polis bagi membantu  pencarian,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan