Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Cassidy Morris bergambar bersama pengamal media pada Program Sepetang Bersama Media di Kuching pada Sabtu. pada Program Sepetang Bersama Media di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Media bantu JKR Sarawak salur maklumat kepada masyarakat

ByWilly Jali

KUCHING, 7 Dis: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menekankan kepentingan menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan media bagi memastikan penyampaian maklumat tepat dan menyeluruh kepada rakyat.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Cassidy Morris berkata, hubungan baik dengan media adalah penting untuk membawa isu utama ke peringkat atasan dan membantu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Saya banyak meminta bantuan daripada rakan-rakan untuk bersama menjalankan kerja. Maksudnya, bukan hanya kita malah rakan-rakan media membantu kita untuk membawa salah satu perkara ke peringkat atasan. Dengan cara itu saya sangat percaya senang untuk kita uruskan apa juga masalah.

“Saya percaya media juga ada objektif sendiri dalam menjalankan tugas dan kita juga mempunyai cara sendiri. Tapi apa salahnya kita saling faham memahami dan semestinya ia akan memberi keuntungan kepada rakyat kita itu tujuan dia,” katanya pada Program Sepetang Bersama Media di Kuching pada Sabtu.

Tambah Cassidy, melalui kerjasama erat dengan media, JKR Sarawak berharap dapat mengukuhkan hubungan dengan rakyat, meningkatkan ketelusan dan memastikan pembangunan Sarawak terus berjalan lancar.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan keyakinan media memainkan peranan penting dalam menyokong penyampaian maklumat tepat dan relevan kepada masyarakat.

“Saya amat percaya media dapat berjalan bersama dengan JKR Sarawak untuk memberi perkhidmatan terbaik. Tempat kita ini sangat kuat dari segi perpaduan dan kita mahu terus memastikan perkara ini disokong dengan maklumat jelas.

“Platform seperti televisyen sangat baik untuk kita kemas kini projek. Contohnya, apabila projek siap atau jika ada cadangan baharu seperti jambatan. Ini adalah peranan kita sebagai agensi pelaksana untuk membantu kerajaan menyampaikan maklumat kepada rakyat,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan