Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Pengarah Lembaga MASA, Ahmad Zaiwin Mohd Kassim didaftarkan di dalam portal MASA baharu sebagai Ahli #0001. Foto MASA

MASA buka keahlian kepada umum bermula 9 Disember ini

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Dis: Institut Pengurusan Sarawak (MASA) terus memperkukuh kedudukannya sebagai pemacu utama pembangunan profesional dan pengurusan mampan di wilayah ini dengan melancarkan Aplikasi Web Pendaftaran Keahlian (MRWA).

Menurut MASA dalam satu kenyataan, pendaftaran sebagai ahli MASA boleh dilakukan melalui MRWA di laman web rasmi mereka bermula 9 Disember ini.

“Manfaat keahlian termasuk akses kepada rangkaian sumber MASA yang luas dan surat berita berkala serta jemputan untuk menyertai persidangan, seminar, bengkel dan aktiviti lain yang dianjurkan oleh MASA termasuk kerjasama organisasi yang terlibat.

“Selaras dengan komitmen MASA terhadap keselamatan siber dan perlindungan data, institut ini melaksanakan Pengesahan Multi-faktor (MFA) melalui emel untuk pengesahan ahli MASA yang lebih selamat,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, MASA turut menyediakan akses terbuka kepada Borneo Management Review (BMR), jurnal dalam talian yang bertujuan mempromosikan pengurusan mampan di Borneo.

Menurut kenyataan itu, dengan penekanan terhadap pembangunan komuniti dan pembinaan negara, MASA memberi fokus kepada kepimpinan serta pengurusan sambil mempromosikan penambahbaikan melalui tadbir urus yang baik.

“MASA kini sedang menganjurkan aktiviti dan inisiatif berkaitan dengan pembangunan program latihan, seminar, sidang kemuncak atau inisiatif seumpamanya yang memberi tumpuan kepada kepimpinan, pengurusan, sains, teknologi dan kejuruteraan,” jelas kenyataan tersebut.

Orang ramai yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli MASA boleh melayari laman web rasmi mereka di www.masasarawak.com/membership. – TVS

Tags: MASA, MFA, MRWA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan