Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman menyerahkan sijil graduasi kepada pelajar tingkatan 5 SMK Agama Limbang. Foto TVS

Langkah tepat Sarawak menilai tahap pendidikan pelajar

LIMBANG, 7 Dis: Keputusan Sarawak meneruskan peperiksaan utama dengan melaksanaan Penilaian Standard Program Dwibahasa (DLP) bagi murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga merupakan langkah tepat untuk menilai tahap pendidikan anak Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sektor pendidikan antara bidang utama yang turut diberi penekanan di Sarawak bagi menjamin masa depan pelajar.

Menurutnya, Sarawak mempunyai pandangan dan mekanisme tersendiri untuk memperkasakan sistem pendidikan.

“Keputusan sudah dibuat pada tahun hadapan, Sarawak akan melaksanakan penilaian Tahun Enam dan Tingkatan Tiga mengikut silibus yang ditentukan oleh Sarawak berdasarkan silibus luar negara.

“Kita amat menyokong sebab penilaian ini penting untuk kita menilai kecekapan dari segi akademik dan lain-lain supaya dapat menentukan bagaimana nak memperbaiki tahap pendidikan.

“Ini adalah keputusan sangat tepat dan kita sangat menyokong dan kita berharap Kerajaan Persekutuan juga memberi sokongan yang baik,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Graduasi Tingkatan 5 dan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang di Dewan Suarah Limbang hari ini.

Turut hadir Pengetua SMK Agama Limbang Rusli Che Mood. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan