Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo Kementerian Pendidikan Malaysia. Foto Kementerian Pendidikan Malaysia (FB)

KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 Dis: Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah di negeri terlibat banjir diarah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

Menurut KPM semua jawatankuasa diminta melaksanakan tanggungjawab masing-masing berdasarkan surat pekeliling ikhtisas dan surat siaran yang berkuat kuasa serta merujuk Panduan Pengurusan Bencana Banjir Institusi Pendidikan KPM yang merangkumi tindakan perlu diambil sebelum, semasa dan selepas banjir.

Arahan tersebut melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Johor.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan luruan angin sejuk atau luruan monsun yang berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan dan mencetuskan gelombang kedua banjir dijangka melanda negara mulai esok hingga 14 Dis ini.

Sementara itu, KPM turut memaklumkan prosedur operasi standard Ops Payung telah diaktifkan bagi memastikan Ujian Amali Sains, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual pada 9, 10 dan 12 Dis berjalan lancar.

“KPM komited memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga KPM terpelihara dalam menghadapi bencana banjir,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan