Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak), Datuk Rosey Yunus berucap pada Jelajah Integriti di Bekenu pada Jumaat. Foto TVS

KMKK bantu terap nilai integriti

ByVanessa Enjop

MIRI, 7 Dis: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi tunjang utama dalam menerapkan nilai integriti di peringkat akar umbi termasuk memantau projek pembangunan serta menangani isu sosial di Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak), Datuk Rosey Yunus berkata, KMKK adalah mata dan telinga kerajaan dalam mengawal selia pelaksanaan projek serta menjaga keharmonian masyarakat.

“KMKK bertanggungjawab memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Jangan biarkan penyelewengan berlaku walaupun ia mungkin menyusahkan pada awalnya.

“Aduan harus disalurkan kepada agensi yang betul, bukan disebarkan di media sosial untuk mengapi-apikan keadaan,” katanya semasa Jelajah Integriti di sini pada Jumaat.

Rosey turut menyeru KMKK agar lebih peka terhadap isu sosial seperti penderaan, perjudian dan masalah keluarga yang boleh meruntuhkan kesejahteraan komuniti.

“Sebagai pemimpin akar umbi, mereka juga perlu membantu mengawasi kesejahteraan masyarakat terutama dalam memastikan bantuan sosial sampai kepada mereka yang layak tanpa sebarang penyelewengan,” ujarnya.

Menurut Rosey, pembudayaan integriti di Sarawak adalah selaras dengan visi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg untuk menjadikan wilayah ini maju menjelang 2030.

“Integriti perlu menjadi asas dalam setiap aspek kehidupan, baik dalam pengurusan sumber mahupun pembangunan negeri. Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) menekankan nilai ini sebagai tunjang kepada kemajuan Sarawak,” jelasnya.

Selain itu, beliau menjelaskan, Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memerangi salah laku dan rasuah.

“Premier Sarawak bersama anggota kabinet telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah pada 2022 dan ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan pentadbiran yang bersih. Sebagai pemimpin, perkhidmatan kita kepada rakyat bukan hanya semasa pilihan raya, tetapi sepanjang tahun,” kata Rosey.

Beliau berharap peranan aktif KMKK dan program advokasi seperti Jelajah Integriti dapat membina kehidupan yang lebih harmoni serta bebas daripada kesan negatif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan