Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di sini, hari ini.

Kembangkan industri padi Sarawak guna benih Kemboja

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 7 Dis: Sarawak merancang untuk menjalin kerjasama dengan Kemboja dalam usaha mendapatkan bekalan benih padi berkualiti tinggi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berhasrat untuk menggunakan kepakaran Kemboja dalam bidang pertanian terutamanya dalam pengeluaran padi bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan yang berterusan.

“Kemboja adalah pengeluar padi yang banyak, jadi mungkin satu usaha akan saya lakukan bersama dengan menteri di Kemboja untuk mencari benih padi di sini yang boleh kita gunakan untuk membangunkan industri padi kita di Sarawak.

“Dan dari segi teknologi mungkin kita boleh kongsi bersama dengan Kemboja,” kata Abang Johari ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di sini, hari ini.

Kemboja adalah salah satu negara pengeluar padi utama di rantau ini dan dikenali dengan teknik pertanian yang berkesan dan menghasilkan pelbagai jenis padi yang sesuai dengan iklim tropika.

Sarawak yang mempunyai tanah subur dan iklim yang sesuai untuk pertanian dan dilihat berpotensi besar untuk memperkenalkan teknologi pertanian lebih maju bagi meningkatkan hasil padi dan mengurangkan kebergantungan kepada import.

Menurut Abang Johari, kerjasama dalam mendapatkan benih padi berkualiti bukan sahaja penting untuk mengukuhkan sektor pertanian Sarawak tetapi juga untuk meningkatkan keselamatan makanan di Sarawak.

Di samping itu, penglibatan dalam usaha tersebut diharapkan dapat menggalakkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara memandangkan sektor pertanian adalah salah satu sumber utama pendapatan rakyat di kedua-dua negara.

Kerjasama berkenaan kata Abang Johari akan memberi manfaat kepada petani di Sarawak yang dapat memperoleh benih padi yang lebih baik serta meningkatkan hasil pertanian secara keseluruhan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan