Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Israel dilaporkan telah menawan zon penampan di Bukit Golan yang diduduki Syria pada Ahad, tidak lama selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengumumkan perjanjian pemisahan yang dipantau PBB dengan Damsyik telah terjejas. Foto fail AFP

India nasihat rakyatnya supaya tinggalkan Syria

ByBernama

NEW DELHI, 7 Dis: India mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria dan meminta warga India yang berada di negara itu untuk meninggalkan Syria secepat mungkin susulan kumpulan penentang bersenjata menawan bandar-bandar utama dalam tempoh seminggu lalu.

“Memandangkan situasi yang sedang berlaku di Syria, warga India dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria sehingga pemberitahuan lanjut,” menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India pada malam Jumaat.

Sementara itu, warga India di Syria diminta untuk terus berhubung dengan kedutaan India di Damsyik bagi mendapatkan perkembangan terkini.

“Mereka yang berkemampuan dinasihatkan meninggalkan Syria dengan penerbangan komersial terawal yang tersedia, manakala yang lain disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya, mengehadkan pergerakan seminimum mungkin demi keselamatan,” menurut kementerian itu.

Jurucakap kementerian, Randhir Jaiswal dalam satu taklimat media sebelum ini memaklumkan terdapat kira-kira 90 rakyat India berada di Syria.

Pada Jumaat, pasukan penentang Syria dilaporkan berada berhampiran bandar Homs dan dalam perjalanan ke ibu kota Damsyik, selepas menawan Hama pada Khamis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan