Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Empat maut selepas dua lori bertembung di Cameroon

ByBernama

YAOUNDE, Cameroon, 7 Dis: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori awal pagi Jumaat di Wilayah Tengah Cameroon, menurut polis tempatan.

Nahas berlaku di bandar Ayos, Divisyen Nyong dan Mfoumou, lapor Xinhua.

Polis memaklumkan bahawa sebuah lori yang membawa barangan cuba mengelak sebuah motosikal lalu bertembung dengan sebuah lori kontena.

Mangsa yang terkorban dan cedera telah dibawa ke hospital berhampiran, sementara siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan, kata pihak polis.

Kira-kira 1,500 orang maut akibat kemalangan jalan raya setiap tahun di negara Afrika Tengah itu, menurut Kementerian Pengangkutan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan