Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20 di sini, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Abang Johari tekankan kepentingan pendidikan dalam RISEAP

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 7 Dis: Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) terus menekankan kepentingan pendidikan dalam memperkasa komuniti Islam di negara-negara minoriti.

Presiden RISEAP, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut berkongsi inisiatif Kerajaan Sarawak yang sedang merancang untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada pelajar Sarawak yang layak di lima institusi pengajian tinggi milik Sarawak menjelang tahun 2026.

“Pendidikan tinggi percuma ini terbuka kepada pelajar tempatan, tetapi kami juga boleh mengundang pelajar antarabangsa yang layak dan berminat untuk melanjutkan pelajaran di Sarawak.

“Pada masa ini, terdapat Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Sarawak dengan institusi milik Sarawak seperti Curtin University Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), dan I-CATS University College.

“Inilah peluang yang boleh kita manfaatkan bersama negara-negara lain, Insya-Allah,” kata Abang Johari ketika berucap pada Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20 di sini, hari ini.

Menurut Premier Sarawak, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan memperkukuh bakat generasi muda, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Beliau juga menyeru agar RISEAP terus menjadikan pendidikan sebagai salah satu agenda utama, memandangkan pendidikan adalah kunci kepada kemajuan umat Islam dalam menghadapi cabaran dunia moden. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan