Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden RISEAP, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20 di sini, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Abang Johari seru komuniti Islam perkasa ekonomi baharu dan manfaatkan teknologi

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 7 Dis: Komuniti Islam terutamanya di negara-negara dengan populasi minoriti perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran dunia moden dengan memanfaatkan ekonomi baharu dan kemajuan teknologi.

Presiden Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah ini penting bagi memperkasakan kedudukan ekonomi mereka yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat yang kukuh, dihormati dan berdaya saing.

“Saya percaya penerimaan Islam sebagai agama damai hanya akan berlaku apabila kedudukan ekonomi komuniti Muslim berada pada tahap yang baik,” kata Abang Johari ketika berucap pada Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20 di sini, hari ini.

Premier Sarawak itu menekankan bahawa umat Islam perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, khususnya dalam penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).

“AI membantu kita dalam banyak bidang kehidupan. Kita perlu menerima hakikat bahawa teknologi ini semakin menyerap ke dalam setiap aspek kehidupan kita,” tambahnya.

Namun, Abang Johari mengingatkan bahawa walaupun AI membawa pelbagai manfaat, ia juga hadir dengan cabaran yang perlu dikawal.

Kata Abang Johari, komuniti Islam perlu bijak memanfaatkan teknologi ini secara bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup mereka, sambil memastikan nilai-nilai Islam tetap terpelihara.

Menurut beliau, usaha meningkatkan status ekonomi komuniti Muslim perlu disertai dengan pelan strategik yang melibatkan pembangunan pendidikan, kerjasama antara agama dan pengukuhan institusi seperti zakat dan wakaf.

“Langkah-langkah ini dapat membentuk masyarakat yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global,” ujar Abang Johari.

Turut hadir Perdana Menteri Kemboja Hun Manet serta delegasi kerajaan Kemboja, Setiausaha Kehormat RISEAP, Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha dan Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan