Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera manakala beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang selepas sebuah empangan pecah di wilayah luar bandar barat daya Colombia, Cauca, awal pagi Jumaat. Foto AFP

12 cedera, beberapa kanak-kanak hilang selepas empangan pecah di Colombia

BOGOTA, 7 Dis: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera manakala beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang selepas sebuah empangan pecah di wilayah luar bandar barat daya Colombia, Cauca, awal pagi Jumaat, lapor Xinhua memetik Pertahanan Awam Colombia.

“Terdapat pergerakan tanah yang menyekat aliran sungai Aguas Claritas, menyebabkan aliran air yang deras menghanyutkan rumah-rumah di kawasan itu,” kata pengarah Pertahanan Awam Cauca, Mejar Juan Carlos Sandoval.

Usaha mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan Micay Canyon perbandaran El Tambo terhalang akibat kejadian tanah runtuh, menurut Sandoval.

Antara yang cedera termasuk bapa kepada kanak-kanak yang hilang.

Pengarah Unit Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan, Carlos Carrillo mengumumkan rancangan untuk menubuhkan Pos Komando Bersatu di Popayan bagi menyelaras usaha mencari mangsa hilang, dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan penduduk yang terjejas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan