JAKARTA, 7 Dis: Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Sukabumi, Jawa Barat baru-baru ini menyebabkan 10 jambatan rosak.
Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Abdul Muhari berkata. impak kejadian menyebabkan beberapa kawasan terpencil putus perhubungan.
“Jambatan yang dijadikan penghubung untuk merentas antara wilayah kini rosak akibat banjir sehingga laluan terputus dan menyukarkan penduduk menjalankan aktiviti di situ,” katanya.
Menurutnya, jambatan yang rosak menyukarkan pengagihan bantuan logistik dan peralatan diperlukan untuk penduduk terjejas.
Dalam pada itu, Abdul menjelaskan, pihaknya yang dibantu tentera dan polis akan segera menyediakan jambatan kecemasan.
Pengurusan bencana juga masih giat dijalankan sehingga kini bagi memastikan penduduk dapat meneruskan aktiviti harian. – TVS