Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China. Foto fail AFP

Trump lantik bekas senator David Perdue sebagai duta AS ke China

ByBernama

WASHINGTON, 6 Dis: Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.

Trump memuji kepakaran Perdue yang dianggap mampu membantu membina hubungan dengan China, merujuk kepada kerjaya perniagaannya yang meluas selama beberapa dekad, menurut laporan Agensi Anadolu.

“Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Fortune 500 yang memiliki pengalaman 40 tahun dalam perniagaan antarabangsa dan pernah berkhidmat di Senat AS, David membawa kepakaran berharga untuk membina hubungan dengan China.

“Beliau akan memainkan peranan penting dalam melaksanakan strategi saya untuk mengekalkan keamanan di rantau ini dan hubungan kerja yang produktif dengan pemimpin China,” kata Trump dalam kenyataan di platform Truth Social miliknya.

Pelantikan ini dibuat ketika Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan terhadap barangan China melainkan Beijing mengambil tindakan tegas bagi mengekang penyeludupan dadah berbahaya, fentanyl. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan