BINTULU, 6 Dis: Tindakan pantas dua pekerja berjaya menyelamatkan kebakaran stor bangunan kedai serbaneka di Medan Jaya di sini merebak ke bahagian yang lain awal pagi tadi.
Komander Operasi, Shukri Salleh berkata,pihaknya menerima panggilan berkaitan kes berkenaan pada jam 1.27 pagi dengan menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan ruang stor penyimpanan barang jenis struktur kekal yang terbakar keseluruhan.
“Kebakaran berlaku di sebuah bangunan tiga tingkat dan terbakar di bahagian bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kebakaran berjaya dipadam oleh pekerja menggunakan dua unit alat pemadam api sebebelum bomba sampai.
“Anggota bertindak menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memadam sisa kebakaran.
“Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.-TVS