Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan untuk meneruskan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya. Foto @tatmeng_wong (IG)

Tat Meng sah tinggalkan Team LZJ

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan untuk meneruskan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya.

Team LZJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan Tat Meng akan meneruskan khidmatnya bersama pasukan hingga kontraknya berakhir secara rasmi pada 31 Dis ini, dan sedang mempersiapkan Zii Jia untuk kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan datang.

“Sejak menyertai pasukan pada Julai 2023, Tat Meng telah memainkan peranan penting dalam membantu Zii Jia kembali ke dalam kelompok 10 terbaik dunia, memenangi gelaran dan membawa pulang pingat gangsa Olimpik Paris 2024.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Tat meng atas kerja keras, dedikasi dan paling penting, kebijaksanaan dan bimbingannya sepanjang masa bersama Team LZJ,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Team LZJ memaklumkan pihaknya akan melantik pengganti Tat Meng dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

“Pasukan kami juga sedang bersiap sedia untuk permulaan musim 2025, dengan mengingati kitaran Olimpik seterusnya,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan