Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Majlis Penghargaan Media sempena Simposium Tekstil Ikat Dunia 2024 di Manila pada Khamis.

Sarawak dan Filipina banyak persamaan seni dan budaya

BySheera Abg Mansor

MANILA, 6 Dis: Sarawak dan Filipina mempunyai banyak persamaan terutama dalam seni dan budaya, khususnya dalam tradisi masyarakat pribumi kedua-dua wilayah, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, persamaan ini termasuk tenunan tradisional seperti songket dan ikat yang digayakan komuniti pribumi kedua-dua wilayah itu.

“Sarawak juga mempunyai pakaian tradisional pribumi, malah bahan seperti ikat atau songket yang mereka gunakan hampir sama dengan apa yang kami ada di Borneo,” katanya berucap pada Majlis Penghargaan Media sempena Simposium Tekstil Ikat Dunia 2024 di sini pada Khamis.

Menurut beliau, persamaan ini mungkin disebabkan oleh kedudukan geografi kedua-dua wilayah yang terletak di Asia Tenggara yang membawa kepada perkongsian warisan budaya yang serupa.

Tambahnya persamaan seni dan budaya warisan ini mendorong kepada pelbagai jalinan kerjasama di antara kedua wilayah pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut menyatakan komitmen Kerajaan Sarawak dalam mempromosikan seni dan tradisi wilayah itu ke peringkat antarabangsa termasuk menghantar pasukan kebudayaan ke pelbagai lokasi di dunia.

“Tahun ini, pasukan kebudayaan kami telah pergi ke Bali untuk Festival Seni Bali dan juga ke Barcelona.

“Tahun lalu, kami menghantar mereka ke Paris dengan lebih daripada 20 penari dan menghantar pasukan tersebut ke Gangwon, Korea, untuk membuat persembahan, selain menghantar sebahagian daripada mereka ke beberapa kedutaan Malaysia di seluruh dunia,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, selain mempromosikan budaya, Sarawak juga memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen hijau dan perdagangan karbon.

Sarawak sedang menuju ke arah masa depan yang mampan dengan pelbagai kerjasama antarabangsa termasuk Korea, Jepun dan Singapura, katanya.

Beliau berada di Manila bagi menghadiri Simposium Tekstil Ikat Dunia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen & Pusat Kebudayaan Baguio dari 3 hingga 6 Disember 2024.

Acara ini menjadi platform terkenal untuk para artisan, pereka, sarjana dan peminat seni meneroka dimensi budaya dan seni tenunan ‘ikat’, serta memelihara tradisi tenunan asli dan meneroka aplikasi moden tekstil tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan