Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Dr. Anderson Tiong Ing Heng (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim selepas menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah di Ibu Pejabat SMA di Kuching hari ini. Foto SMA

Sabah contohi Sarawak teroka ekonomi digital

KUCHING, 6 Dis: Kedudukan geografi Sabah dan Sarawak yang berjiran menjadikan kedua-dua negeri ini amat strategik untuk meneroka ekonomi digital bersama, kata Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng.

Menurut Anderson, Sarawak telah bergerak ke arah ekonomi digital sejak Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg mengambil alih tampuk kepimpinan Sarawak.

“Kita amat bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin yang berpandangan jauh malah beliau merupakan Pengerusi SMA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada rombongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang diketuai  Setiausaha Tetapnya, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim di Ibu Pejabat SMA di sini, hari ini.

Sementara itu, Hanafiah berkata, Sabah melihat Sarawak sebagai ‘ketua’ dalam transformasi ekonomi digital.

“Tujuan lawatan kami adalah untuk mempelajari daripada SMA bagaimana laluan pantas bergerak ke arah ekonomi digital.

“Kita juga ingin mengetahui bagaimana SMA mengubah landskap ekonomi digital dan mengubah rakyat Sarawak agar bersedia berubah kepada pendigitalan,” jelasnya.

Katanya lagi, lawatan ke SMA adalah langkah pertama yang diambil oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam memahami lebih mendalam mengenai landskap ekonomi digital di Sarawak.

“Kita kagum dengan ekosistem ekonomi digital Sarawak yang memusatkan rakyat dan kita akan melihat pelbagai arah agar ia memberi manfaat besar kepada rakyat Sabah,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan