Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$118.3 billion (US$1=RM4.41) pada 29 Nov, 2024 berbanding US$118.0 billion pada 15 Nov, 2024. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$118.3 bilion pada 29 Nov 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$118.3 billion (US$1=RM4.41) pada 29 Nov, 2024 berbanding US$118.0 billion pada 15 Nov, 2024.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (US$105.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (US$5.9 bilion), emas (US$3.3 billion) dan aset rizab lain (US$2.4 billion).

Jumlah aset sebanyak RM595.77 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM486.23 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.51 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.08 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset-aset lain (RM61.56 bilion).

BNM menjelaskan modal dan liabiliti berjumlah RM595.77 bilion meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.49 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.58 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM135.20 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.56 bilion), deposit lain-lain (RM67.89 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM27.22 bilion) dan liabiliti lain (RM3.93 bilion). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan