Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) merancang untuk mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan pada suku ketiga tahun 2025

Rancang lawat Korea Selatan, dalami kehidupan komuniti Islam

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 6 Dis: Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) merancang untuk mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan pada suku ketiga tahun 2025.

Setiausaha Kehormat RISEAP Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar berkata, lawatan itu bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam kehidupan komuniti Islam di Korea Selatan yang merupakan minoriti kecil namun semakin berkembang.

“RISEAP juga ingin memperlihatkan identiti sebenar Muslim Korea, yang baru mendekati Islam, sebagai contoh bagaimana masyarakat Islam dapat hidup harmoni dalam konteks budaya mereka,” kata Mohamad Marzuki ketika ditemui TVS di Phnom Penh, Kemboja pada Khamis.

Kata Mohamad, lawatan itu juga diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat Islam lain tentang cara hidup harmoni di negara yang Islam bukan agama majoriti.

“RISEAP percaya bahawa pengalaman Muslim Korea dalam membina identiti Islam yang unik boleh menjadi panduan berharga bagi komuniti Islam minoriti lain di seluruh dunia,” ujarnya Mohamad Marzuki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan