Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas minuman keras dipercayai tiruan bernilai RM1 juta pada operasi di Permatang Batu di sini semalam. Foto TVS

Proses arak tiruan bernilai RM1 juta dalam kontena

BUKIT MERTAJAM, 6 Dis: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membongkar kegiatan memproses arak tiruan di dalam kontena selepas melakukan serbuan ke atas sebuah premis di Permatang Batu di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 5.30 petang itu, pasukan serbuan turut merampas sejumlah minuman keras tiruan bernilai kira-kira RM1 juta.

Ketua Penguatkuasa KPDN Pulau Pinang, Mohd Suffian Mohd Abbas berkata, sindiket terbabit dipercayai membuat aktiviti perdagangan atau pengilangan barang tersebut menggunakan cap dagangan palsu.

Kata beliau, pihaknya merampas 16,513 botol arak pelbagai jenama, 900 liter cecair alkohol yang telah siap diproses dan peralatan memproses selain 26,815 botol kaca kosong di dalam sebuah kontena.

“Semakan lanjut mendapati sindiket itu menggunakan pelbagai taktik licik termasuk pemalsuan ciri keselamatan label kastam.

“Kita tidak menolak kemungkinan sindiket mengaut untung sama seperti syarikat pengeluar asal kerana ia kelihatan seolah-olah jenama asli serta dipercayai dijual di kedai runcit dan pasar raya tempatan,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Suffian berkata, berdasarkan jumlah rampasan, pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket itu telah beroperasi dalam tempoh tertentu dan turut menjual secara dalam talian.

Menurutnya, pihaknya sedang berusaha mengesan pemilik premis itu berikutan tiada individu dikesan semasa serbuan.

Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dibawah kesalahan Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan