Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS menghulurkan sumbangan berupa bahan serta peralatan pengajaran kepada kelas Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II, Miri hari ini. Foto PETRONAS

PETRONAS hulur sumbangan kepada kelas Pendidikan Khas SK Kuala Baram II

BySalasiah Safian

MIRI, 6 Dis: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menghulurkan sumbangan berupa bahan serta peralatan pengajaran kepada kelas Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II, Miri hari ini.

Pengurus Besar, PETRONAS Carigali Sdn Bhd Isrom Udau berkata pihaknya berharap sumbangan ini dapat memberi sokongan kepada guru-guru kelas Pendidikan khas dalam pengajaran selain memberi keceriaan murid-murid dan keluarganya.

“Kami berharap usaha dan bakti melalui program ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban penerima dan agar nilai-nilai murni sebegini disebarkan secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, barang-barang sumbangan tersebut adalah untuk membantu meningkatkan usaha dalam memperkasakan kaedah pembelajaran kepada pelajar-pelajar kelas Pendidikan khas agar mereka dapat meningkatkan tahap ilmu pengurusan diri untuk menjalankan kehidupan secara mandiri.

Antara yang disumbangkan ialah peralatan elektrik, rak buku, alat tulis dan peralatan dapur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan